Wednesday, July 15, 2009

Teruja

Hahahaha...

Teruja..itu adalah perkataan yang sesuai digunakan,dalam diam usaha memperbaiki skill pemanduan go kart,saifful,helmi & aku sendiri berusaha menjinakkan jentera 2 stroke kami bertiga bersaing sesama sendiri.Usaha itu gagal akibat merasai kelajuan yang maksima Yamaha 100cc itu,teknik pemanduan juga jauh berbeza dari pada jentera 4 stroke.Aksi drift yang biasa dilakukan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera yang dipandu berputar pada selekoh,perkara ini dapat juga dirasai oleh saifful yang nyaris melanggar aku ketika di selekoh,dalam usaha mengejar tempat pertama jentera aku berputar & mengalami masalah teknikal,perkara yang sama berlaku kepada saifful apabila jentera yang beliau pandu juga mengalami masalah enjin.Helmi yang memandu dengan hemahnya menguasai litar apabila aku & saifful mengalamai masalah.Diarahkan berhenti di Pit stop untuk menukar jentera menyebabkan aku jauh ketinggalan jauh,saifful juga terpaksa menunggu di tepi litar menantikan jentera yang lain.Pada masa ini helmi menguasai litar sepenuhnya,pengusaannya berakhir apabila saifful mendapat jentera lalu memintas beliau.Aku yang cuba untuk mengekalkan pemanduan bergaya sering kali hilang kawalan apabila melalui selekoh selepas petak mula.Kejuaran berakhir dengan saifful mengekalkan kejuaran peringkat KBM dengan menduduki tempat pertama manakala helmi mengungguli tempat kedua yang beliau akhiri dengan senyuman manis kepada gadis litar yang sedia menanti beliau di tepi litar,manakala aku mengakhir perlumbaan dengan tepukkan dari Saifful & Helmi yang terlebih dulu menamatkan perlumbaan.Mereka dalam temubual merasakan amat² teruja dengan jentera 2 stroke dan bimbang dengan kelajuan yang mereka rasa pada tahap maksimu.Dalam pada pusingan berikutnya dijangkan meriah dengan pelumba handalan seperti Azhan,Mat Nor,Irwan Mulyadi dan Sofi dari KAG yang akan membalas dendam kekalahan.Sofi dikhabarkan telah pun meninjau sekitar litar bagi memudahkan beliau untuk mencari jalan rentas seperti yang berlaku dalam perlumbaan di Langkawi.

Tuesday, July 14, 2009

Perlumbaan Pusingan 3

Pusingan ketiga bakal berlangsung pada 15/07/09,pada kali ini bekas juara di litar langkawi Azhan berkemungkinan besar tidak akan menyertai perlumbaan kali ini,perserta dari AG juga dijangka tidak akan menyertai kerana kemelesetan ekonomi global.Namun begitu ada perserta baru dari BM bakal mengegar litar kali ini,saiful yang menjangkakan akan mem

Monday, July 13, 2009

Sedikit Terkilan

Hahahaha....

Salam semua...huhuhu..sorylh sebab last week sibuk dengan kerja so tak ada masa nak update.

Kisah bermula pada jam 9.30pm 11/07/09,apa bila Atok & Nenek menelefon Atok Andak untuk bertanyakan khabar Nek Andak yang kurang sihat di Kluang,tetapi ketika itu Atok Andak ketika itu sedang sibuk menguruskan sebuah Aircraft yang mengalami masalah teknikal ketika terbang di ruang udara melaka,aircraft tersebut telahpun di tempatkan di salah sebuah Kem Tentera di Melaka.Berita itu pun tersebat ke pengetahuan Muhaimin yang amat gembira apabila pok cu memberitahu Atok Andak ada di Melaka.Umi pn memaklumkan kepadanya yang Atok Andak berada di Melaka,beliau amat gembira mendengar berita tersebut.Keesokkan harinya 12/07/09 jam lebih kurang 8.15am Umi bersama pok cu sedang berbual² datang pula Muhaimin bertanyakan tentang Atok Andak,lantas Umi pun bertanyakan kepada pok cu sama ada boleh atau tidak untuk membawa Muhaimi tengok Aircraft kat kem tu..?lantas pok cu pun mendail no hp Atok Andak,Muhaimin pun bercakap dengan Atok Andak mengunakan hp pok cu,panjang lebar soalan yang diajukan,antara soalan spontan beliau adalah " Atok Andak Along nak tengok helikopter kat kem boleh tak...?"tetapi ketika itu Atok Andak yang dalam perjalanan ke rumah moyang yang pada ketika itu demam.Setibanya Atok Andak di rumah Atok & Nenek,Muhaimin bersama² ayah & hakimin ke pejabat untuk menghantar umi.Atok Andak meluangkan masa untuk seketika bertnyakan khabar Atok & Nenek dan juga menceritakan tentang kesihatan neneka andak.Selesai segalanya Atok Andak pun pulang semua ke kem bagi urusan kerja. Umi memaklumkan bahawa Muhaimin sering kali bertanya kepadanya sama ada jadi atau tidak pergi kem?Umi menjadi serba salah dengan pertanyaan itu dan berjanji kepada Muhaimin untuk menbawanya ke Kluang untuk menyaksikan Helikopter.Setelah selesai menghantar umi Muhaimin & Hakimin bersama² ayah pulang kerumah.Dalam keadaan kepenatan mereka berdua pun tido.Pada jam lebih kurang 1.15pm - 1.35pm kedengaran sayup bunyi sebuah aircraft melintasi kawasan rumah,pok cu yang kebetulan pada masa yang sama sedang leka membaca & menyelak helayai surat khabar Utusan turut sama mendengar bunyi aircraft tersebut.Dapat dilihat pada mata kasar sebuah Helikopter milik Pasukan Udara Tentera Darat melintasi ruang udara kawasan tersebut.Pada masa yang sama kedua² bakal juruterbang muda sedang lena dibuyai mimpi.Selang dua minit pok cu menerima kiriman sms dari umi bertanyakan samaada Muhaimin & Hakimin dapat atau tidak melihat aicraft tersebut,sms tersebut dibalas dengan menyatakan kedua mereka tidak dapat menyaksikan aircraft tersebut.Dapat dirasai sedikit rasa terkilan di hati umi & mereka berdua kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikannya.Namun begitu pok cu denga kerjasama umi akan berusaha untuk membawa mereka ke Kluang satu hari kelak dalam usaha menjadikan Muhaimin seorang juruterbang yang berkaliber seperti idolanya Atok Andak.

Sedikit Tekilan

Thursday, July 2, 2009

Bakal Juruterbang

Salam....

Hahahaha....minatnya yang amat mendalam terhadap dunia penerbangan mula dicetuskan oleh pok ucu yang kerap menunjukkan klip² dunia penerbangaan yang secara tidak langsung membakar semangat beliau untuk menjadi seorang juruterbang dimasa hadapan.Selain itu pembakar semangat beliau adalah Tok Andak yang juga idolanya & pok ucu yang kerap menerbangkan pesawat jenis AgustaWestland A109 Hirundo milik Pasukan Udara Tentera Darat yang berpengkalan di Kluang Johor.Makin memuncak minat beliau apabila pok ucu bersama atok membawanya ke Kluang untuk menziarahi nek andak yang sakit,dan Tok Andak memberikan peluang melihat sekitar pengkalan dan nasib menyebelahi beliau apabila pesawat Agusta 109 yang dalam proses melatih juruterbang² Pasukan Udara Tentera Darat melakukan penerbangan ini secara tidak langsung menguatkan lagi azam beliau untuk menjadi seorang juruterbang