Monday, July 13, 2009

Sedikit Terkilan



















Hahahaha....


Salam semua...huhuhu..sorylh sebab last week sibuk dengan kerja so tak ada masa nak update.




Kisah bermula pada jam 9.30pm 11/07/09,apa bila Atok & Nenek menelefon Atok Andak untuk bertanyakan khabar Nek Andak yang kurang sihat di Kluang,tetapi ketika itu Atok Andak ketika itu sedang sibuk menguruskan sebuah Aircraft yang mengalami masalah teknikal ketika terbang di ruang udara melaka,aircraft tersebut telahpun di tempatkan di salah sebuah Kem Tentera di Melaka.Berita itu pun tersebat ke pengetahuan Muhaimin yang amat gembira apabila pok cu memberitahu Atok Andak ada di Melaka.Umi pn memaklumkan kepadanya yang Atok Andak berada di Melaka,beliau amat gembira mendengar berita tersebut.Keesokkan harinya 12/07/09 jam lebih kurang 8.15am Umi bersama pok cu sedang berbual² datang pula Muhaimin bertanyakan tentang Atok Andak,lantas Umi pun bertanyakan kepada pok cu sama ada boleh atau tidak untuk membawa Muhaimi tengok Aircraft kat kem tu..?lantas pok cu pun mendail no hp Atok Andak,Muhaimin pun bercakap dengan Atok Andak mengunakan hp pok cu,panjang lebar soalan yang diajukan,antara soalan spontan beliau adalah " Atok Andak Along nak tengok helikopter kat kem boleh tak...?"tetapi ketika itu Atok Andak yang dalam perjalanan ke rumah moyang yang pada ketika itu demam.Setibanya Atok Andak di rumah Atok & Nenek,Muhaimin bersama² ayah & hakimin ke pejabat untuk menghantar umi.Atok Andak meluangkan masa untuk seketika bertnyakan khabar Atok & Nenek dan juga menceritakan tentang kesihatan neneka andak.Selesai segalanya Atok Andak pun pulang semua ke kem bagi urusan kerja. Umi memaklumkan bahawa Muhaimin sering kali bertanya kepadanya sama ada jadi atau tidak pergi kem?Umi menjadi serba salah dengan pertanyaan itu dan berjanji kepada Muhaimin untuk menbawanya ke Kluang untuk menyaksikan Helikopter.Setelah selesai menghantar umi Muhaimin & Hakimin bersama² ayah pulang kerumah.Dalam keadaan kepenatan mereka berdua pun tido.Pada jam lebih kurang 1.15pm - 1.35pm kedengaran sayup bunyi sebuah aircraft melintasi kawasan rumah,pok cu yang kebetulan pada masa yang sama sedang leka membaca & menyelak helayai surat khabar Utusan turut sama mendengar bunyi aircraft tersebut.Dapat dilihat pada mata kasar sebuah Helikopter milik Pasukan Udara Tentera Darat melintasi ruang udara kawasan tersebut.Pada masa yang sama kedua² bakal juruterbang muda sedang lena dibuyai mimpi.Selang dua minit pok cu menerima kiriman sms dari umi bertanyakan samaada Muhaimin & Hakimin dapat atau tidak melihat aicraft tersebut,sms tersebut dibalas dengan menyatakan kedua mereka tidak dapat menyaksikan aircraft tersebut.Dapat dirasai sedikit rasa terkilan di hati umi & mereka berdua kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikannya.Namun begitu pok cu denga kerjasama umi akan berusaha untuk membawa mereka ke Kluang satu hari kelak dalam usaha menjadikan Muhaimin seorang juruterbang yang berkaliber seperti idolanya Atok Andak.

No comments:

Post a Comment