Wednesday, July 15, 2009

Teruja

Hahahaha...

Teruja..itu adalah perkataan yang sesuai digunakan,dalam diam usaha memperbaiki skill pemanduan go kart,saifful,helmi & aku sendiri berusaha menjinakkan jentera 2 stroke kami bertiga bersaing sesama sendiri.Usaha itu gagal akibat merasai kelajuan yang maksima Yamaha 100cc itu,teknik pemanduan juga jauh berbeza dari pada jentera 4 stroke.Aksi drift yang biasa dilakukan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jentera yang dipandu berputar pada selekoh,perkara ini dapat juga dirasai oleh saifful yang nyaris melanggar aku ketika di selekoh,dalam usaha mengejar tempat pertama jentera aku berputar & mengalami masalah teknikal,perkara yang sama berlaku kepada saifful apabila jentera yang beliau pandu juga mengalami masalah enjin.Helmi yang memandu dengan hemahnya menguasai litar apabila aku & saifful mengalamai masalah.Diarahkan berhenti di Pit stop untuk menukar jentera menyebabkan aku jauh ketinggalan jauh,saifful juga terpaksa menunggu di tepi litar menantikan jentera yang lain.Pada masa ini helmi menguasai litar sepenuhnya,pengusaannya berakhir apabila saifful mendapat jentera lalu memintas beliau.Aku yang cuba untuk mengekalkan pemanduan bergaya sering kali hilang kawalan apabila melalui selekoh selepas petak mula.Kejuaran berakhir dengan saifful mengekalkan kejuaran peringkat KBM dengan menduduki tempat pertama manakala helmi mengungguli tempat kedua yang beliau akhiri dengan senyuman manis kepada gadis litar yang sedia menanti beliau di tepi litar,manakala aku mengakhir perlumbaan dengan tepukkan dari Saifful & Helmi yang terlebih dulu menamatkan perlumbaan.Mereka dalam temubual merasakan amat² teruja dengan jentera 2 stroke dan bimbang dengan kelajuan yang mereka rasa pada tahap maksimu.Dalam pada pusingan berikutnya dijangkan meriah dengan pelumba handalan seperti Azhan,Mat Nor,Irwan Mulyadi dan Sofi dari KAG yang akan membalas dendam kekalahan.Sofi dikhabarkan telah pun meninjau sekitar litar bagi memudahkan beliau untuk mencari jalan rentas seperti yang berlaku dalam perlumbaan di Langkawi.

2 comments:

  1. bila nak update lagi nie? dah bersawang blog nie... huhuhuhuh from
    iskandar-aziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ala man dah naik bersawang blog ko nie ler!

    ReplyDelete